Penerimaan Clannad (permainan)

Penerimaan kritikal

Dalam isu bulan Oktober 2007 majalah Dengeki G's Magazine, keputusan bancian lima puluh permainan video bishoujo telah diumumkan. Daripada 249 buah judul, Clannad berkedudukan pertama dengan 114 buah undian; tempat kedua dimenangi oleh Fate/stay night dengan 78 buah undian.[34] Keluaran PlayStation 2 pada bulan 2006 telah diulas oleh majalah permainan video Jepun Famitsu, yang memberi kadaran 26/40 secara keseluruhan (daripada kadaran-kadaran iaitu 7, 7, 6, dan 6).[35]

Siri animenya telah disanjung secara kritikal. Meskipun musim pertamanya iaitu Clannad menerima ulasan yang bervariasi daripada positif hingga berkecuali, musim keduanya, Clannad After Story telah menerima sanjungan kritikal yang sejagat. Laman web THEM Anime Reviews memberi judulnya kadaran keseluruhan iaitu 4 daripada 5 bintang, di mana pengulasnya Tim Jones menjelaskan musim pertama sebagai "adaptasi Key sebenar yang paling mendalam setakat ini,"[36] dan pengulas Stig Høgset menyatakan bahawa musim keduanya, After Story, "akan memainkan tragedi-tragedi dan dramanya pada kadar yang banyak, sambil menggamit emosi anda pada waktu yang sama. Inilah waktu di mana masa akan pantas berganti, memberikan ceritanya sebuah penekanan pada sektor emosinya."[37] Theron Martin daripada Anime News Network memberi musim pertamanya sebuah kadarang 'B+', memberi kritikan kepada penggunaan elemen Moe yang berpanjangan, namun menganggapnya sesuatu yang menarik kepada "peminat setia yang berminat kepadanya."[38] Ulasannya untuk musim kedua iaitu After Story adalah lebih positif, memberinya kadaran 'A-'. Dia memujinya sebagai "bahagian Clannad yang paling baik ditulis," menambah dengan menyatakan ceritanya "telah secara berkesannya membina plot dan menonjol dari segi tarikan emosi, sambil mengukuhkan tema utama sirinya (misalnya, kepentingan keluarga), dan akhirnya menjadi daya menarik secara visual," kemudian memberi komen penamatnya iaitu "hanya mereka yang berjiwa sinis sahaja yang akan mengelakkan daripada menitiskan air mata pada sesetengah babak."[39] Pada laman web DVD Talk, pengulas Todd Douglass Jr. memberi Clannad After Story sebuah kadaran Highly Recommended, menyatakan bahawa pembawaan kisah "varisi emosi yang dipamerkan Clannad amatlah menawan hati. Kisahnya menarik, comel, kelakar, bermisteri dan tragik pada waktu yang sama. Hanya beberapa cerita sahaja yang dapat diingati, dan hanya sedikit sahaja yang mampu diingati selama ini." Dia memberi komen penutup dengan mengatakan bahawa penceritaannya "ikhlas dan jujur" dan "akan sentiasi diingati dalam pelbagai aspek," disamping "hanya beberapa kisah terpilih sahaja yang berada pada tahap ini."[40]

Jualan

Edisi PC terhad Clannad telah muncul dua kali sejak keluarannya dalam tangga kedudukan judul-judul permainan video bishōjo yang terjual pada tahap nasional.[41] Dua minggu pertama bulan Jun 2004 telah berlangsung kedudukan akhir untuk keluaran asalnya iaitu 40 daripada 50.[42] Edisi keluaran PC biasa Clannad telah muncul pada tempat ke-26 dalam tangga kedudukan.[43] Kedua-dua kedudukan seterusnya untuk edisi biasa ini adalah pada 37 dan 41.[44] Clannad Full Voice mendapat tempat ke-3 tiga kali berturut-turut dari segi penjualan permainan video PC tertinggi pada tahap nasional di Jepun, mengaut keuntungan pada kedudukan 7, 20 dan 40 di antara bulan Februari dan April 2008.[45]

Kedua-dua musim anime termasuklah DVD filemnya telah menunjukkan kadaran penjulan tinggi yang konsisten. DVD edisi terhad anime pertamanya menduduki tempat ketiga untuk minggu di antara 19 Disember dan 25 Disember, 2007.[46] Edisi DVD terhad kedua hingga kelima telah menduduki tempat pertama dalam minggu pertama penjulan,[47][48][49][50] manakala edisi DVD terhad keenam telah menduduki tempat keempat dalam minggu di antara 21 Mei dan 27 Mei, 2008.[51] Edisi DVD terhap ketujuh dan kelapan masing-masing berkedudukan pertama dalam minggu penjualan pertama.[52][53] Edisi DVD terhad ketiga menduduki tempat keenam untuk DVD anime paling banyak dijual di antara bulan Disember 2007 dan November 2007.[54] Sebuah set kotak Cakera Blu-ray Clannad berkedudukan ketiga di antara minggu 26 April dan 2 Mei, 2010,[55] dan berkedudukan ke-13 untuk kali kedua dalam minggu seterusnya.[56] Edisi khas DVD filem pertama kalinya berkedudukan ke-3 dalam minggu pertama penjualannya, kemudian jatuh ke tangga ke-10 pada minggu seterusnya.[57][58]

Edisi terhad DVD pertama Clannad After Story mendapat kedudukan kedua pada minggu pertama penjualannya, sebanyak 17,521 buah unit dijual.[59] Edisi terhad DVD Clannad After Story yang kedua hingga keempat berkedudukan pertama pada musim pertama penjualannya, setiap satu dijual sebanyak 16,000 buah unit.[60][61][62] DVD edisi terhap kelima hingga ketujuh Clannad After Story berkedudukan pertama dalam minggu pertama penjulannya, setiap satunya dijual sebanyak 14,000 buah unit.[63][64][65] Edisi terhad DVD kelapan Clannad After Story berkedudukan kedua dalam minggu pertama penjualannya, dengan 19,800 buah unit terjual.[66] Edisi terhad DVD keenam berada di tangga kedudukan sekali lagi pada minggu di antara 11 Mei dan 17 Mei, 2009, pada nombor ketiga untuk DVD anime.[67] Edisi terhad DVD ketujuh berada di tangga kedudukan sekali lagi pada minggu di antara 8 Jun dan 14 Jun, 2009, pada nombor keenam untuk DVD anime.[68] Edisi terhad DVD kelapan berada di tangga kedudukan sekali lagi pada minggu di antara 8 Julai dan 12 Julai, 2009, pada nombor kelima untuk DVD anime.[69]

Warisan

Gamania Entertainment telah mewujudkan sebuah aktiviti kerjasama dengan Clannad dan dua buah MMOG (massively multiplayer online game) milik mereka iaitu Hiten Online dan Holy Beast Online.[70] Di antara 26 Mac dan 26 Jun, 2008, kedua-dua buah judul permainan video ini menawarkan pakaian kostum yang boleh digunakan watak-watak yang kelihatan serupa dengan pakaian seragam sekolah musim sejuk Clannad, disamping menawarkan haiwan peliharaan Kyou untuk dipelihara oleh para pemain.[71] Selain itu, para pemain dalam mana-mana daripada kedua-dua permainan video tersebut yang mempunyai watak melebihi aras dua puluh boleh memasuki sebuah cabutan bertuah di mana lima ratus orang akan dipilih untuk memnangi barangan berkaitan Clannad termasuklah barangan dunia virtual seperti folder fail, kad-kad "netcash", tuala sukan, dan barangan-barangan lain yang boleh digunakan dalam permainan.[72]

ASCII Media Works dan Vridge menghsilkan novel visual PlayStation 2 berjudul Nogizaka Haruka no Himitsu: Cosplay Hajimemashita (乃木坂春香の秘密 こすぷれ、はじめました♥, secara literal Rahsia Haruka Nogizaka: Cosplay Telah Bermula) berdasarkan sri novel ringan Nogizaka Haruka no Himitsu. Dikeluarkan pada bulan September 2008, judulnya mempamerkan watak-watak daripada sirinya melakukan cosplay dalam beberapa buah kostum sama ada menjadi tiga daripada heroin utama Clannad ataupun watak-watak daripada lima buah siri novel ringan terbitan ASCII Media Works. Haruka Nogizaka boleh berubah menjadi Kotomi Ichinose, Mika Nogizaka sebagai Nagisa Furukawa (namun dengan rambut panjang), dan Shina Amamiya sebagai Tomoyo Sakagami.[73] Para pemain juga boleh melihat CG eksklusif dalam permainan videonya jika salah satu daripada gadis tersebut dibawa berjalan-jalan di beberapa kawasan berbeza sambil berpakaian sebagai salah satu daripada watak dalam lima siri novel ringan yang disebutkan, ataupun sebagai heroin Clannad. Apabila sedang melakukan cosplay, suara gadis yang asal tersebut berubah kepada pelakon suara latar watak asalnya; misalnya, jika Shiina melakukan cosplay sebagai Tomoyo, dia akan dialihkan suara oleh pelakon suara latar Tomoyo iaitu Hōko Kuwashima.[74]

Rujukan

WikiPedia: Clannad (permainan) http://61.199.33.219/games/info/visual/key/clannad... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2006-03-25/to... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-12-27/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-01-27/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-02-29/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-16/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-20/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-27/cl... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-27/cl...